Durian belanda
Durian belanda

Durian belanda


Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian, tetapi dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.